Gempa bumi gegar Afghanistan, 9 terkorban, 25 cedera
Berita Dunia
KABUL 1 Sept – Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut manakala 25 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda tenggara Afghanistan pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Kesihatan wilayah Nangahar, Ajmal Darwaish berkata, semua mangsa adalah dari kawasan timur negara itu yang terjejas teruk akibat gegaran berkenaan.
Menurut Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains (GFZ), gempa bumi tersebut direkodkan pada magnitud 6 dengan kedalaman 10 kilometer.
Berita berkaitan


