Gempa bumi kuat: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah
Berita Dunia
JAKARTA 30 Julai - Agensi Geofizik Indonesia turut mengeluarkan amaran awal gelombang tsunami setinggi kurang 0.5 meter mungkin melanda beberapa kawasan pesisir Indonesia pada petang ini.
Ia susulan gempa bumi kuat magnitud 8.8 menggegarkan kawasan perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Russia hari ini.
Antara kawasan berisiko ialah wilayah Papua, Maluku Utara, dan Sulawesi Selatan.
"Gelombang kecil ini boleh sampai ke beberapa bandar dan pekan di pesisir terlibat. Kami akan terus memantau situasi secara berterusan," menurut kenyataan rasmi agensi itu.


