Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang
Berita Berita
ALOR SETAR 23 Okt. – Dua lelaki tempatan ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Samsulmuddin Sulaiman, berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.05 petang.
“Mangsa berusia 38 dan 46 tahun berasal dari Selangor dan datang ke Langkawi bersama keluarga untuk bercuti.
Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet sebelum dibawa ke tepi pantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, namun pemeriksaan di wad kecemasan mengesahkan mereka telah meninggal dunia.
“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.


