TEPAT.BENAR.BEBAS

Remaja perempuan maut, dua cedera kereta e-hailing terbabas di Puchong

image

Berita Berita

Kongsi

PUCHONG 23 Okt. – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut manakala dua lagi cedera selepas kereta e-hailing jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Jalan Puchong Batu 14, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 10.15 malam.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong segera dikerah ke lokasi kejadian.
Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza yang dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selain mangsa yang maut, dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu lelaki berusia 49 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 21 tahun.

“Remaja perempuan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

+ - reset