TEPAT.BENAR.BEBAS

Kerajaan kekal langkah tempatkan polis di sekolah – Anwar

image

Berita Berita

Kongsi

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan bersetuju meneruskan langkah menempatkan polis di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar susulan peningkatan kes buli, penderaan dan jenayah di institusi pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan dilaksanakan dengan panduan tertentu supaya kehadiran polis tidak menimbulkan rasa takut atau keresahan dalam kalangan pelajar.

“Kita akan memberikan panduan supaya polis memantau dan tidak menimbulkan keresahan kepada anak-anak.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju menubuhkan Majlis Pendidikan Negara bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem pendidikan dan menyelaras pandangan semua pihak berkepentingan,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Kabinet telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan kehadiran di sekolah sebagai langkah mengekang aktiviti jenayah dalam kalangan remaja.

Beliau berkata, strategi baharu itu bersifat “omni-presence”, iaitu meningkatkan keberadaan polis di kawasan sekolah dalam masa terdekat.

“Polis mesti menyusul dengan kekerapan jadual lawatan, pembabitan langsung dengan pihak sekolah dan tampil dengan program lebih kreatif seperti sesi kesedaran jenayah, lawatan berkala serta khidmat nasihat,” katanya.

+ - reset