Trump tiba di Malaysia untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Berita Berita
SEPANG 26 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, sekali gus menandakan lawatan pertama Presiden AS ke Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
Pesawat rasmi presiden, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump diiringi Wanita Pertama, Melania Trump, bersama beberapa anggota delegasi rasmi Amerika Syarikat.
Konvoi rasmi presiden turut disertai kenderaan ikonik “The Beast”, yang diterbangkan khas untuk digunakan sepanjang lawatan di Malaysia.
Selepas ketibaan, Trump dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berlangsung mulai hari ini hingga 28 Oktober.


