TEPAT.BENAR.BEBAS

Lelaki hilang seminggu ditemui selamat, pulang ke rumah di Bukit Beruntung

image

Berita Berita

Kongsi

HULU SELANGOR 28 Okt. – Misteri kehilangan seorang lelaki sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila dia pulang ke rumah keluarganya di Bukit Beruntung, di sini, dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata lelaki berkenaan, Muhamad Sah Julasili, 21, sebelum itu tinggal di rumah rakannya dikenali sebagai Hafiz di Batu 10, Jalan Gombak.

Menurut beliau, sepanjang berada di sana, Muhamad Sah bekerja di sebuah kedai burger milik rakannya dan tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai keberadaannya.

“Orang hilang (OH) mendakwa tidak dapat menghubungi keluarganya kerana telefon bimbitnya rosak.
Dia juga mempunyai kunci rumah pengadu dan sebenarnya boleh pulang pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pada 24 Oktober lalu kira-kira jam 6 petang, lelaki itu menghubungi isterinya yang berada di Kunak, Sabah, dan dimaklumkan bahawa abang iparnya telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

“Selepas mengetahui perkara tersebut, OH terus pulang ke rumah abangnya di Apartment Seri Trompet, Bukit Beruntung,” katanya.

Menurut Ibrahim, lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa bagi memaklumkan bahawa dia telah kembali ke rumah, dan kes berkenaan dianggap selesai.

+ - reset